Sunday, November 16, 2008

TUGASAN

Assalamualaikum semua

Selamat kembali ke IPTI.

Pertama sekali saya meminta maaf kerana semasa ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah baca tulisan ni, saya sedang bertugas rasmi di luar IPTI. Bagaimanapun, saya telah tinggalkan tugas yang perlu dilaksanakan dan dihantar untuk penilaian dan pembentangan pada 21.11.08 nanti.



Untuk tugasan ini, sila selaraskan perkara-perkara berikut:


1. KULIT

- Pilih hanya SATU warna kulit hadapan untuk opsyen anda.
- Pada kulit hadapan, tuliskan mengikut urutan:
- Nama institusi
- Nama mata pelajaran
- Tajuk tugasan
- Senaraikan alat dan mesin yang dipilih
- Opsyen
- Nama ahli kumpulan beserta nombor telefon
- Nama pensyarah : MOHD ALI BIN JEMALI

2. KANDUNGAN

- Isi kandungan
- Muka surat
- Bibliografi bahan internet; www.
- Refleksi individu


TAJUK TUGASAN : ALATAN TANGAN DAN MESIN

Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan seramai 3 orang.
Kemahiran menggunakan internet sangat diperlukan.

OBJEKTIF

Di akhir tugasan ini, anda boleh menghasilkan satu penulisan gabungan antara imej dari internet dan perisian perkataan.

ARAHAN

1. Layari internet dan kumpulkan beberapa imej untuk sekurang-kurangnya

3 alatan tangan dan 2 mesin yang boleh digunakan di dalam bengkel am.

2. Tuliskan sedikit nota dengan ayat sendiri mengenai alat tersebut BUKAN nama mesin sahaja.
3. Tuliskan refleksi individu di akhir tugasan tersebut.

Contoh:

MESIN KIMPALAN ARKA

Penerangan.
Mesin kimpalan ini digunakan untuk mengimpal dua kepingan logam ferus. Ia mempunyai julat arus di antara 60A hingga 350A. Arka akan terhasil apabila arus dari eletrod mengalir ke bumi melalui jarak arka yang akan meleburkan logam asas.

Keselamatan.
Mesin kimpal akan menghasilkan wasap dan cahaya yang kuat. Oleh itu, pengudaraan yang baik amat diperlukan apabila kerja kimpalan dilaksanakan. Selain itu alat-alat keselamatan perlu dipakai dan diamalkan setiap masa. Antara alat keselamatan ialah
- pelindung muka
- pelindung mata
- sarung tangan

Perkakasan
Mesin kimpal ini memerlukan perkakasan tambahan seperti
- kabel kerja
- pemegang elektrod
- pengapit bumi

No comments: