Saturday, November 22, 2008

PEMBENTANGAN TUGASAN

Tahniah kepada kumpulan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 yang telah berjaya membentang hari ini

Ada beberapa komen.
- kurang imej yang menyokong penulisan dari segi keselamatan, penggunaan alat/mesin
- sumber selepas imej tidak dinyatakan dalam penulisan
- terdapat imej yang tidak boleh dipaut pada imej asal
- imej yang sama (copy dan paste dari kumpulan lain)
- refleksi tidak menepati tahap refleksi hanya ucapan terima kasih sahaja
- nama pensyarah salah

Walaupun contoh bercetak dan online diberi, hasil yang diperolehi amat mengecewakan bagi beberapa kumpulan yang jelas menunjukkan sikap kurang mengkaji dan membaca. Dengan bersahaja mengeja nama pensyarah mengikut sesuka hati. Bila ditanya, jawapannya menyakitkan hati. Menunjukkan sikap tidak hormat pada pensyarah.

Minta warna kulit yang sama pun tak boleh buat. Arahan yang jelas diberi sejak 17.11.08 tapi sampai 22.11.08 tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Bila pensyarah periksa, kuning, merah, putih semuanya ada. Bila kata warna, maknanya selain putih. Mana perginya sikap jemaah dan kesatuan dalam kumpulan? Semuanya nafsu-nafsi dan berpuak-puak.

Macamana nak buat? Tu pun nak kena ajar ke?
Lantik seorang , beli 20 keping kertas kat Ghulam tu warna pink, lepas tu edar le 2 keping satu kumpulan.
Nanti ada yang tanya 2 keping buat apa? Kata kulit je sama. 10 kepinglah. 10 keping buat apa? 10 keping buat kulit belakang.
Takkan nak tulis dalam arahan juga "BELI KERTAS WARNA PINK KAT GHULAM 20 KEPING LEPAS TU EDAR 2 KEPING SATU KUMPULAN" Nampak sangat teruk benar mentaliti seseorang yang bergelar ustaz/ustazah ni. Ini le kumpulan pertama dalam sejarah sepanjang saya mengajar di IPTI yang sampai tahap macamana nak dapatkan warna kertas yang sama pun kena beri tahu.

Apa masalahnya?

DUIT? 2 keping baru 20sen je. Satu kumpulan 3 orang, sorang 7 sen je. Nak belajar kena berkorban, 7 sen je, berkira sangatlah ustaz/ustazah ni.

JAUH? Tak sampai 200m pun dari pondok jaga IPTI. Deret bangunan pertama seberang jalan. Kalau haus pun ada kedai keluarga sebelahnya.

Kalau ada alasan lagi, jawab sendiri le.

Budaya kerja sambil lewa, tak serius; menganggap pensyarah tidak akan membaca tugasan mereka (timbang kati) menyebabkan terbitnya laman web yang tidak wujud dan budaya copy paste rakan-rakan seopsyen. Saya nak ingatkan tidak semua pensyarah IPTI sebegitu.

Saya minta sangat ubah sikap dan perangai negatif ustaz/ustazah. Hargai sijil yang didapati dengan usaha dan keringat sendiri. Ingat!! dengan sijil tesebut anda akan mendapat rezeki berterusan selepas ini, kalau tak, buat apa datang IPTI waktu cuti ni sedangkan kawan-kawan lain bercuti dengan keluarga. Halal dapatnya sijil tu, halal rezekinya, haram dapatnya, jawablah sendiri... kubur masing-masing kan.. Insaf le..

1 comment:

Mohd Ali bin Jemali said...

PELAJAR LEWAT HARI INI 22.11.08
Masa 8.10 pagi.

5 FARAH NURHIDA BT. MUHYIN
24 RIDANY ABD HAMID
27 SITI AMINAH MOHAMAD KAMILAN

Nampaknya datang lewat telah menjadi budaya sebilangan pelajar di kelas ini tanpa rasa bersalah dan berdosa pada pensyarah dan rakan-rakan yang menunggu.